Reception-Part 10 : Renjis renjis di pilis…

Saturday, March 3, 2012

Lama nye lah aku delay publish entry ni. Busy + penat lah dengan kerja kat opis sampai nak mengadap blog pon dah tak de mood. Sudahnye, publish je lah mana yang ada kat dalam draft.

***********************************************************************************************************************************************************
Masa sesi merenjis ni pon kite dah arrange sesiap siapa punya turn dulu yang merenjis, lepas tu siapa pulak. Yang ni ikut suka hati je lah korang nak buat macam mana (kalau yang nak kahwin) tapi jangan bersepah sangat plak. Lepastu kena bagi kat MC hari tu so that die panggil ikut arrangement yang kite dah buat.

_DSC0817

To be honest with you… masa belom tunang ngan che arm lagi, tak de niat nak ade sesi sanding renjis2 ni. Buat akad nikah dengan kenduri makan2 lepas tu je sudehhhh. Itu lah yang aku pikir masa tu and suarakan kat mak aku. Tapi dek sebab memegang gelaran anak pompuan sorang ni haaaaaa, memang bising lah diorang kan. Huhu Majlis kat Pahang ni pon sebab turutkan permintaan diorang yang nak kawan2 lama abah kat sana datang walaupun hajat aku dari dulu2 lagi nak buat majlis kat Seremban. Memang conflict sangat masa mula2 planning nak kawen dulu. Terkilan tu memang lah terkilan tapi nak buat macam mana, dah diorang mak pak kite.. diorang jugak yang bagi restu kat kitorang berdua, so ikut kan je lah ape2 yang diorang mintak tu. Bukan nye selalu diorang request itu ini kat anak2. Banyak sangat dah jasa diorang ni kat kita. Kau bagi duit berjuta2 pon tak kan terbalas.

Tup tup…masa bulan 9 tahun lepas masa raya tu mak che arm pulak request buat nikah awal. Yang ni pon kite turutkan jugak… And terus decide kalau dah camtu gayanya buat nikah kat seremban jelah. Coz senang Johor ngan Seremban lagi dekat berbanding kat Pahang nun coz kalau tak buat awal supposed nikah pon kat sana. So, masa nikah ni kite settlekan lah part2 bawak hantaran. So that masa reception nanti family belah Johor dah berlenggang tak payah bawak pape. Dah katanya jauh kan. So, aku rasa ni lah hikmah nye…mendengar kata mak abah. Diorang pon puas hati sebab buat majlis kat pahang ade sanding segala, aku pon puas hati sebab dah buat majlis nikah kat seremban. So, kire hajat masing2 dah pon tercapai. Smile

1
My MIL and FIL Smile Mak abah nye che armster.

_DSC0821

2
Mak abah aku. Dah tak ingat dah ape yang lawak masa ni. Buat kan kitorang gelak besar atas pelamin tu. kikiki. Pape pon rasa tenang hati bile tengok diorang happy hari tu. Open-mouthed smile

_DSC0917
3

My one and only bro AN with our little prince - Hadif Iman. Masa kitorang plan pasal majlis ni, lupe plak nak tanya pasal arrangement untuk merenjis ni kat die. Lupe lak die pernah kahwin dulu. Buat kat hotel lagik. Dah ber-anak 2 pon. Aduii sengal tak sengal last2 buat sendiri ikut cara sendiri. Haih~ how time flies… lepas dia, aku pulak yang menyusul. Ingatkan turn aman dulu. Eh? hehe Smile with tongue out

Okay next part ni antara yang paling best. Bile “my sisters” yang datang naik merenjis. Havoc gile dah kat atas pelamin tu. And I felt grateful for having “sisters” like them. Sanggup datang jejauh dari KL ke Pahang nun. What that surprise me is they ekceli did it! I mean ye lah… diorang cakap nak datang and diorang betul2 datang. Coz aku masa mula2 tak expect pulak kan diorang boleh datang coz faham jauh. Tapi bile nampak diorang masuk dewan je (rasanya masa tu aku baru duduk atas pelamin lepas sesi berarak kat hall) terus rasa …ya allah tak sangka nya. Thanks darlings!

4

First… Eza naik merenjis dulu. Remember her? Banyak kali gak nama die naik kat HLN ni kan kan? Smile Menggelabah die kat stage tu.. tak tau camne nak merenjis. Haha Tu yang ade shot aku siap tunjuk tu. Adoii laaa.. Die hari tu masa nikah terkilan sebab tak dapat datang and for reception she promised me that she will come to my wedding. Memang betol die datang. :)

5
Didi pun datang! ehem ehem dengan imej baru. Alhamdulillah~ Smile Thanks beb sebab datang. Terharu gile dowh…
6
and my yayunk yaya yang sengal bone. hakhak.

7
Anw…bercakap pasal kawan, muke2 yang kat atas ni lah kalau diorang kahwin nanti komfem aku datang. Winking smile Semoga kalian cepat jumpe jodoh! hee~ iteew dah langkah bendul.. diorang tua dari aku tp aku yg naik pelamin dulu. Iteew mude lagi an an anSmile with tongue out

Okayh, sambung balik cite pasal mak abah yang kat atas tu. Sepanjang proses menguruskan hal2 kahwin ni terus terang cakap memang banyak conflict. Memang banyak kali sangat la kes “sentap” antara mak anak. And I guess this is normal kot. Sebab ape? Sebab diorang dah berumur, makin lama makin sensitive. Tambah pulak satu2 nye anak pompuan diorang. Mesti lah susah nak lepas kan nak bagi orang lain jaga. Being me yang degil, manja, cerewet, keras kepala pon 1 hal jugak. Sebab tu makin lama makin nak dekat ke tarikh majlis. Makin sensitive diorang ni.

But, alhamdulilllah.. ape pon yang diorang mintak.. aku turutkan jugak. Kalau boleh nak bagi senang and lapang hati diorang. Mengenangkan susah payah diorang menjaga diri ni dari kecik.. and melayan segala kerenah bile diri ni dah meningkat dewasa. Ko ingat senang nak jaga anak perempuan? Amek contoh diri sendiri je sudeeehhh. Memang betol lah orang tua2 cakap “menjaga lembu sekandang lebih senang dari jaga anak perempuan seorang” Cer bayang kalau mak bapak yang ade ramai anak perempuan tuh. huhu

So, dear you you you and you… sesiapa je lah yang baca entry ni, terutama sekali perempuan. Jadi lah seorang anak yang menyenangkan dan membanggakan mak ayah. I am not a good daughter though but I always improve myself to be one. Smile Sekian..

P/s : Yep it's over - my reception. And it's been 2 months now. Get over it HANA!! hehe :p