Majlis Pernikahan 23.10.2011

Thursday, October 27, 2011

Fuhhhhh~ finally ada gak masa nak update blog pasal hal neh. Busy to the max!

Ramainyeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee yang sentap claim yang konon nya tak dijemput.- refer to my  previous post. Lagi satu sebab senyap2 kan..tau je dah keluar post pasal nikah.

Now, let me tell you the truth..  Plan asal nikah adalah pada 23.12.2011 and sanding 24.12.2011. But masa raya hari tu parent Che Arm request untuk awal kan. Means buat benda yang wajib dulu. NIKAH.  So, lepas kitorang fikir-fikir balik..  kitorang decide nak ikut request his parent. Lagi pon mende baik, bukan buat mende tak baik kan. Raya bulan 9..nikah bulan 10  kelam kabut gak arh kitorang prepare pape yang patut. Disebabkan masa yang terhad ni jugak kitorang and family decide untuk buat majlis simple, untuk saudara-mara dan rakan terdekat sahaja.

Majlis dah pon selesai. Walaupun ada cacat sikit on certain part tapi syukur dah selamat semuanya. Nervous jangan cakap lah. Baru tau camne perasaan pengantin yang nak nikah. Haha. Kemain lagi risau kan Che Arm. Berapa kali lafaz lah die tuh then risau takut pak imam tanya macam2 then die tak ley jawab. kuikui. Alhamdulillah, dengan 2 kali lafaz Hana sah jadi isteri die. 2 kali okay! By rite masa first time tuh dah lepas tapi saksi geleng2 kepala katanya tak pass sebab tak sebut 'nya' lepas 'nikah'. Aiyoooo... But sokay lah, berapa kali lafaz tu tak penting..janji lepas jugak kan. Dah halal dah pon kitorang.  Tu yang penting.

Okay, sebelum wa sambung membebel lagi.. jom layan dulu some of our solemnization pics. Hasil kerja Jabbe Production. Thanks a lot Jabbe. Puas hati dengan artwork dia. :) Those yang masa entry lepas kemain excited  kononnya nak tengok lagi gambar lain.... since last post tunjuk 1 je kan :p Haa nah, tengok gambar kat bawah ni dulu eyh. More pics coming soon. hehe :p



muka cuak takut pin tercucuk kepala.  haha







Best of the best.. :)








:')

Bila dah selesai majlis, baru terasa macam elok gak awalkan majlis nikah ni. One part yang paling penting dah settle. LEGAAAAAAAAA gile kau. Tak payah nak pening2 kepala lagi and now boleh fokus untuk reception - the big big event yang remain on the same date 24.12.2011. So, pada yang dah tersentap kerana tak dijemput... jangan lerr macam tu. Kan dah dicanang-canang sebelum ni dalam HLN neh akan jemput para blogger. Tak kan lah nak mungkir janji plak. Cumanya, kita jemput masa reception instead of solemnization. Me tak lupa lah kawan2 blogger.. mana yang pernah request kad..mana yang buat ayat "jangan lupa jemput" bila Hana wat entry pasal kawen. huhu

Kitorang dah nak start edar kad reception..so, mana yang duduk jauh meh meh bagi your address. Send kat email nh.hana0610@gmail.com. Mana blogger yang kitorang kenal and pernah jumpa tu, macam JMR, Nunu Eera, Bro Eyriqazz, Daydeck, Kak Ina, Jejai, Cik Hel, Pojie, Nemo, Budak2 TG, Bean Moreno, Phreak-ID, Bro Hazman Fadzil, Mel Romeo, Shara Bunga etc etc.. Argh, ramai gak blogger yang dah pernah jumpe ek. Hehe. Okay, diorang ni semua boleh bagi by hand jek. Semua di jemput bagi memeriahkan majlis. :)

Last but not least... terima kasih pada semua mak, abah, saudara mara dan kawan2 rapat yang datang masa majlis hari tu. Terima kasih pada kalian yang dah mendoakan kebahagiaan kitorang...especially yang doakan semuanya selamat tuh. Alhamdulillah, Allah dekatkan jodoh kami.  Lepas apa yang jadi hmm~ lepas satu -satu dugaan, bersatu juga kitorang. Doakan moga kami bahagia dan kekal bersama hingga ke akhir hayat.  :)