Tok Tok!
Halluuuuuuuu.
Last post - 16 September 2011
Hari ni 15 Oktober 2011. Uhukk uhukk *sapu sampah buang sawang*
Genap sebulan tak update HLN siap private lagi sampai orang dah tanya bila nak bukak. Hehe. Terima kasih kepada mereka yang berkenaan yang very the concern tanya bila nak bukak blog balik. Terharu kot. Sayang arh korang! :)
My life sebulan ni okay2 saje. Suam-suam kuku. A bit stress ekceli but sokay, I can manage. Kerja pulak macam biasa makin banyak sampai 1 tahap tak boleh nak keep in touch dengan yang tersayang. Eceh skema betol ayat. Tapi alhamdulillah.. dah 2 BULAN kerja dengan company sekarang.And 1 month more to go untuk confirmation. Hari tu my HRM dah risik2 tanya bila my official starting date join company ni. Yeay!! *senyum lebar* Overall.. happy kerja kat sini. Environment okay, $$$$$ pon alhamdulillah... *syukur* Si Mr. Tunang pon I bet sekarang ni lapang dah dada die tak de nak risau2 pasal kesayangan die ni mengadu pasal kerja.. kuikui.
Bulan ni bulan busy bulan stress. Tapi dalam busy dalam stress ada jugak mende happy yang jadi. Biase la, life kan ada ups and downs nye. Kau nak up memanjang nanti lupe diri pulak.
Okay first.... jeng jeng jeng!
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
Dah convo. Yeay!! 8 Oct hari tuh. Gambar lain, next entry kite tayang. Mana 1 kau nak... pre-convo..during convo or post-convo. Semua ade. Berlambak gambar. Haha. Well.. u know me lalalalalla :p
Yang ke-2..sila rujuk gambar di bawah ;p
2 borang kat atas ni dah siap isi, dah siap hantar ke pejabat agama, dah lulus and dah hantar kat pak imam dah pon. Alhamdulillah~ :) Syabas untuk diri sendiri lebih2 lagi untuk si Mr. Tunang yang bertungkus lumus bulatkan mata untuk baca borang dalam tulisan jawi. Terbaik arh kan. Haha :p
Err err lagi nak cite ape..
Haaa btw sepanjang kite private HLN ni hari tu memang tak de nak bukak langsung. Sampai 1 tahap bila open website blogger.com then kuar page log-in terus rasa malas. Last2 tekan pangkah. Haha tak de mood dah. Tak de pon nak jengah2 blog orang lain. And now rasa rindu pulak... especially to those yang selalu and setia komen2 kat HLN ni.. Nuraitul, Cero, Mr Feckry, Cik Sha, Ann Friendly, EinaFazlina,Hafiz Rahman, Amni, Cik Ecah, Mysara, Bro Hazman Fazil, shiori LA, Mama JNJ.. budak2 The Gorgeous, sis Intan, Eykameow, Eny, Syida, Akmal Arief, JMR, Nunu (eh tapi JMR and Nunu boley consider selau gak jumpa sebab dapat tiket pre-screening dari Nuffnang :p) hmm..banyak lagi blogger yang dah lama tak bertegur sapa.. Bro Eyriqazz, Mel Romeo, Cik Lolly, Cik Hel, Kak Ina KL.. Che Armster. #Eh? Okay, banyak sangat kalau nak type kat sini. Sape tak de dalam list jangan sentap eh. Chill la weh :)
Those yang masih setia baca HLN.. thanks a lot! Moga korang sihat2 jer eh and life korang pon okay, happy..murah rezeki and macam2 lagi lah yang best2 jadi. :D Tak lupa jugak untuk new followers. Thanks sebab follow HLN. *geleng2 kepala sambil nganga tak percaya* sebab dah reach 1770. "Ek'eleh baru 1000 lebih dah kecoh..orang lain lagi banyak" -okay itu suara dari mulut busuk haters. Hakhak. Oh hye.. Hello! :)
K la k la..tu je nak update. Take care eyy korang. Till then. Bye <3










