DISCLAIMER : SIapa yang puasa di nasihat kan jangan baca kerana enty ini ada gambar makanan yang mengiurkan. Kalau nak baca jugak, di harap anda dapat menahan diri anda dari rasa nak makan yer.Okay pada 19 August yang lepas(Jumaat) macam yang dah diberitahu dalam entry plan buka puasa yang agak kelaut tu..patutnya ada gath TG yang tak tau kali ke berapa and kali 2 buka puasa sama. Malangnya, separuh dari anggota tak dapat join (Sis Kecik, Akmal & Syida). Sis sebab kat Johor, Akmal sebab keje, Syida sebab kena jaga nenek beliau. So, tak pe lah..plan tetap diteruskan. Asalnya ingatkan 3 orang je Eny, Me and Eyka then last minute Eny bagitau Shara Bunga2 Cinta nak join. So, kita pon okay je tak kisah lagi ramai lagi bagus. Me siap open invite kat fanpage fb lagi. Tapi sorang pon tak respond. Merajuk arr ngan korang! okaygedik
Hari ni aku nak jadi notty kejap buat korang terliur tengok gambar ni semua. Kehkeh :p
Location : Domino’s Pizza, MV
Perghhhh~ pes time aku buat teknik DSLR gambar depan sharp background belakang blur blur menjadi guna cammy bumblebee(compact cammy)je haha loser betol explaination (tak tau exact nama teknik ape) Patut lah budak2 TG panggil cammy aku tu DSLR PINK. ehh? Jap nak buat tagline.. hanya Sony Cybershot sahaja yang mampu. kahkah haramjadah.
Dan lagi……
Me yang tengah buat entry ni pon terasa macam nak makan lagi semua ni kat Domino, Kuikui.
Eykameow, yang baru je sampai rasanya 3 minit sebelum masuk waktu berbuka kot. Nyaris je lagi. Aku dah agak dah budak ni mesti menggelabah nak cepat sampai MV sebab kena redah jem pastu sampai2 je menggelabah pulak cari Domino. Padahal menurut penceritaan empunya badan sendiri..die kata dah lalu kat depan tu tapi die tak perasan. Tak pasal2 kena pusing jauh balik. hahaha Eyka eyka.. I know you very well!
Shara Bunga2 Cinta yang paling lambat sampai bersama dengan Aiman Afiq. Eh siapa Aiman Afiq????????
Okay jejaka sebelah Shara tu Aiman Afiq.
Selesai makan..kita berfoto-gewdik depan Domino. Macam tak de tempat lain. Well, kitorang malas nak berjalan. Sebab lepastu terus nak pergi lepak Murni SS2 plak.. MAAFKAN SAYE KERANA MENJELIR LIDAH. Tak tau nape weng weng sangat hari tu. Mungkin terlampau kekenyangan. 8 Regular Pizza tu beb. Semua jenis pizza kitorang order. Nasib baik bukan large.
Erkk?? ni masa bila plak??? Okay jumpe Ada(Snoopy Eykameow) yang sengal2 ubi kentang hehe Tak tau nape die hyperactive sangat malam tu. BTW, me pernah jumpa die jugak before this. First time kenal masa MTV WOrldstage. Die tanya.. “U dah tunang eyy? Tak jemput i pon” Me hanya mampu sengih2… okay kahwin nanti U datang la eyy Ada. Tunang hari tu wat kecik2 je sayang. Huhu
Dalam kete tunggu Eny amek beg die kat KL Sentral. Si gorgeous tu baru sampai dari Kedah terus menyopping sampai sanggup tinggal beg kat situ. Aiyoyo. And macam biasa..setiap kali dia datang KL mesti tidur rumah kite. :D Kalau nak baca review dia pasal bilik owner HLN neh, sila baca kat SINI. kahkah. Che Armster wajib baca!!!
Then, lepas gi KL Sentral kite lepak Murni SS2 yang memang terkenal dengan air nye yang pelik2, menu die portion banyak gile makan sorang tak habis and harga pon harga student bak kata Aiman Afiq. Hehe Siyes dah lama tak melepak kat sana.
Okay pilih lah nak air apa. Me nak order air I LOVE YOU CHE ARMSTER tapi tak de dalam list plak. Eh! haha Apa2 pon DONT WORRY BE HAPPY. lalalalal :p
Balik dari Murni,pergi rumah kite pulak. Hoyeah! AKtiviti seterusnya yang paling best! Kite ade girl’s pillow talk. Me, Eny and Eyka. Sian Eyka dari hari tu lagi dok sebut2 kononnye nak tido kat bilik den yang CHANTEK sangat tu. Eny dah banyak kali merasa. Sis Intan pon. Die sorang je blom lagi. Mungkin sedikit jeles di situ Kuikui. :p
Sebenarnya pillow talk session tu lebih kepada nak korek rahsia siapa LELAKI KEGEMARAN Ernie Syafika. And sekarang kitorang dah tau! Yeay! Tapi lepastu Eny surrender. Kesian die penat berjam2 dalam bas dari Kedah pastu shopping lagi sana sini.
Tapi, Me and Eyka teruskan lagi sesi G2G Talk or curhat(curahan hati) tu. Cite pasal life keje.. relationship sampai pukul 4 pagi! Lepas daripada tu dah tak tahan dah mata ni. Eyka suruh tunggu waktu sahur. Tapi haremmm..die pon ikot tido sekali. Last2 terbabas sahur. Haha
Gambar keesokan harinya sebelum keluar rumah. Masing2 ada hal. Eyka ada jamuan berbuka bersama anak yatim, eny dah ada date dengan Ada(siang) & favorite guy (malam)- DILEMMA kononnya :p , Me plak nak pergi butik pengantin kat Bangi tengok pelamin and fitting baju dengan Mr Tunang.
Ceh!! Muka ENY paling berseri sebab cukup tido! Tak aci betol. See see!!me dengan Eyka masing2 mata panda. haha
Apa2 pon seronok sangat dapat spend masa dengan diorang. Mereka, antara 2 gadis kesayangan saya. :) Kalau lah ke-4 4 gadis TG yang lain dapat join mesti lagi best ! :)
p/s: rasa penat buat entry ni..mungkin sebab terlampau excited nak bercerita. hehe :p






