Rajuk, Kerja, Gambar Tunang

Sunday, June 19, 2011

Baru 'pulih' dari rajuk seminggu dengan Mr. Tunang kes jealous yang tak berasas. haha ;p


he made this..  so cute! ;)


Sorry geng dah lama tak update. Genap seminggu gak kot. Bukan ape, hari Isnin baru ni dah start keje... ni pon Jumaat lepas baru balik dari Melaka. Ada inspection for new joined staff.  Patutnya 3 hari 2 malam (sampai Sabtu) tapi jadi 2 hari 1 malam je. Petang Jumaat tu..semua menda dah settle then dah tak de aktiviti pape. Malas lak nak melangok kat Melaka tu lama2 terus ajak kawan balik. Kitorang stay kat A'Famosa Resort. Siape pernah pergi angkat kening?? heh~

Actually pergi sana, boley lah dikatakan macam pergi bercuti gak. Dah lama tak pergi bercuti woh. Thanks for my employer yang very generous nak support everything. Sambil bercuti sambil wat keje. Okay arr tu an an an. Gambar2 masa kat sana nanti kite tempek kat HLN eh. Banyak sangat arh entry pending kat HLN neh.

Lagi 1 sebab nape dah tak kerap nak update ialah wa tak de source internet lah der. huh sadis betol. Kat office, tak diberi PC. Since my job memang tak perlu guna PC pon. All the paperwork..orang lain yang akan buat. Been told that they will give me a handphone with celcom postpaid number to make it easier for me in dealing with client from gov sector. Jangan masa weekend pon diorang kacau sudeyh...Kerja2 gak tapi kalau dah sampai tak de masa untuk diri sendiri tak ley gak kan.

Kat rumah PJ lak, streamyx dah lama terminate and malas nak register balik sebab confirm akan amek masa yang lama gak. Tak lama lagi pon dah nak ada housemate baru.. So, akan pasang p1wimax jer kot sementara tuggu jadi kekasih halal pada housemate baru tersebut :p Paling cepat this week gak pasang. Paling lambat bulan depan! Waa..lambatnye.. tak mo tak mo! T_T






BEST OF THE BEST!! XD 
sape yang ada personal fb hana maybe dah tengok gambar ni since gambar ni me and Che Arm wat profile pic. :]

(gambar ni Hana set extra large so, terkeluar sikit dari main post ...sebab kalau letak medium gambar jadi tak clear)

Hoyeah! gambar tunang dari official photographer masa our  E-day dah siap - tiap2 malam tido peluk album tunang. hakhak :p

Tapi kat entry ni me tunjuk 2 je lah ek. Sebab nanti akan ada entry gak untuk promote our OP kat HLN ni. Entry nye dah siap tapi tengah tunggu Mr. Tunang siapkan banner dulu untuk tempek kat sini. Same goes untuk person in charge yang pasang mini pelamin masa majlis hari tu. And nak tunggu si Mr. Tunang update lah dulu pasal gambar tunang kitorang. Ngade betol. Bile tanya asal dah lama tak update die cakap :

"Dah sayang cite dulu sume mende... Baik B letak link je..hehe"

Ngeng! Okay fine! Untuk gambar tunang yang lain2 korang leh check blog beliau yer pasni. Biar die update dulu tu pon ntah tak tau bile nak update tu. (-_-")

Okaylah tak tau bile lagi boleh update pasni. Banyak sangat menda nak kena settlekan. Preparation untuk majlis lagi.. wuwuwuwuw. Finally, tarikh majlis untuk kedua-dua belah pihak dah ditetapkan. Kawan2 pon dah sebok suruh jemput nanti. huhu InsyaALLAH..kalau takde pape aral melintang, majlis akan berlangsung pada tett tett tett. hakhak ;p  Nanti2 lah reveal. 

Oh yer di kesempatan ini nak ucap selamat hari bapa pada abah ayah walid papa daddy seluruh dunia. Happy father's day in advance jugak untuk insan bernama Mohamad Fazli. Bakal suami saye. Hehe ;p 

p/s : biasanye first month keje memang hidup akan jadi huru hara sikit an an an. huhu