Kalau dulu..video new year tu saya tujukan khas untuk orang lain dengan niat bahawa orang yang saya sayang tersentuh dan dapat rasa apa yang saya cuba sampaikan.. (tak nak kasi link.MALU sebab nampak macam budak mentah umur 15 tahun.sape nak tengok godek sendiri entry lama :p)
Then awak datang dalam hidup saya, awak luahkan apa yang awak rasa pasal video tu and surprisingly itu lah yang saya harapkan dia faham. *okay kat sini dah pecah rahsia sikit macam mana owner blog CA (Mr. Tunang) start nk tackle owner blog HLN ;p – baru nak kasi backlink. kuikui
Video ni saya buat beberapa minit sebelum kita ubah status kita. Tehee. .;p Masa tu saya nervous gila dan apa yang saya cakap masa tu spontan keluar dari mulut saya.. Dan saya harap itu lah yang awak nak dengar. Kali ni.. saya buat video ni khas untuk awak. Sebab saya tau awak akan menghargainya… ;)
Pada yang masih tak boleh terima dengan apa yang saya buat.. percayalah perjalanan hidup kita ni dah tertulis dan sekarang saya percaya kita hanya mampu merancang..selebihnya, tuhan yang menentukan..harap nya dengan yang ini berkekalan hingga ke akhir hayat. Doakan yang terbaik buat kami. Alhamdulillah, saya rasa bahagia sekarang. Korang semua pon boleh nampak kan dari expression muka Hana dalam video ni. ;)
p/s : bile tengok2 balik video ni tak ley bla btol part buat 'cak' kat first video tu. arghhhh..bile la nak stop jadi kebudak-budakan ni. ko dah jadi tunang orang dah woi! jadi matang boley tak?
p/s/s : thanks kat cousin hana - ‘kecoi’ sebab tolong record kan video ni. rasa segan/malu sikit masa wat video ni sebab biasa record sorang2..tapi kali ni di saksikan mak andam + cousin sendiri…
p/s/s/s : btw, kalau korang dengar betul2 video ni , boleh dengar sayup2 ada orang tengah berzikir kat luar. masa ni dalam bilik lepas mekap serious masa tu tak dengar…bley lak wa bantai wat video ni daripada duduk diam2.. zikir sama2.huhu. okay, my bad…(-_-“)





