Kenapa bertunang nak sorok2? Kenapa cepat sangat dapat pengganti? Kenapa putus dengan ……….?

Monday, May 16, 2011

Sepatutnya, boleh je nak butakan mata pekak kan telinga atas ape yang orang luar cakap2.. boleh jer kalau tak nak buat entry ni untuk jawab semua persoalan tu. Tapi di sebabkan saya faham... memang wajar pon korang tertanya-tanya... baru putus terus bertunang dengan orang lain. Saya faham....menda ni semua menimbulkan banyak syak wasangka di hati orang sekeliling yang melihat kan…so mintak maaf awal2 kat sini pada yang dah ter-syak yang bukan2 tu.

1)Kenapa senyap2 nak sorok pasal hal ni?



1st sebab encik tunang takut wa kene sailang/rampas. Haish..Siapa je lah nak sailang tunang awak ni..dah lah tak cantik mana...ajak orang bertunang pon kene reject. haha Haa haa cer cite cer cite ape lah istimewa sangat saya ni sampai orang nak sailang2. hoho.  :p Bagi pihak Hana lak.. malas lah nak kecoh2 lagi.. ye lah apa pon ley jadi kan. Masa tu rasa tak secure lagi…still tak yakin even si dia dah belikan cincin..prepare itu ini, still ingat tak serius. Teruk an huhu. Sian Che Arm.. kite tak yakin dengan dia. Tapi sekarang dah! XD

2)Kenapa cepat sangat dapat pengganti eh? Dah lupa ke yang lama?



Saya tak bongkak saya tak angkuh mengaku/cakap  kat semua orang yang hati ni dah betol2 lupa yang lama…dah benci etc etc. Mula2 tu memang meroyan.. sedih sangat even sekarang pon kadang2 teringat. (Haaa wa mengaku okay!) 6 years punye relationship..kau rasa kau boleh lupa ke dalam masa seminggu 2 minggu sebulan, 2 bulan 3 bulan?? Pikir logik lah . Orang luar hanya boleh melihat, nasihat and bagi support…
tapi pedih nye sakit nye hati ni, aku sorang je yang tanggung..aku sorang je yang rasa. Macam tu jugak  pihak  yang lagi satu..
Jadi..tolong lah jangan mempersoalkan tindakan yang dah di buat ni sebab saya tau anda pon boleh agak kenapa kan.

Yer, memang saya dah amek 1 step untuk ubat luka kat hati ni.. dan yer..Che Arm memang dah jadi pengubat kedukaan tu.

Salah 1 sebab kenapa decide nak tunang pon adalah sebab Che Arm sendiri. Tak nak orang ingat kite ni nak gunakan dia. Sekarang ni Hana ikhlas and betul2 sayangkan dia.. ;) Dan sekurang-kurangnya,  dia ikhlas dengan niat dia nak memperisterikan Hana dan amek 1 langkah ke depan untuk tunjukkan yang dia betul2..nak laksanakan niat dia tu. Bukan sekadar berjanji. Bukan senang nak terima dia masa mula2 dulu.. hati tengah kecewa gila kot.. dan bukan senang jugak dia lepaskan hana (mintak maaf b…sebab tolak cinta awak beberapa kali sebelum hati ini betul2 nak bagi peluang kat awak).. Tak caye..baca entry – RANDOM THOUGHTS ni. Even dah kena tolak pon dia stiil degil. Tengok kesungguhan yang dia tunjukkan tu hati  ni terusik jugak..and finally, bila hana dah terima dia.. dia terus ajak bertunang.

Dan ada lagi 1 sebab kenapa Hana nak bertunang awal and kahwin awal. Tapi yang ni biar antara Hana, Che Arm sahaja yang tau. And ‘dia’ pon tau sebenarnya.

3)Kenapa putus dengan dia??  Sebab sebenar??



Ini paling ramai orang nak tau kan. Tapi Hana pilih untuk tak jawab soalan ni sebab Hana tak nak korang tau cerita dari sebelah pihak je (pihak Hana). Tak adil untuk pihak yang lagi satu.  Apa yang sebenarnya dah jadi antara kami..siapa yang salah siapa yang betul tu biar antara Hana, Dia dan Allah sahaja yang tau. God knows everything..baik Hana atau pun dia boleh tipu orang luar..boleh tipu kawan2.. and shifting the blame to each others. Tapi diri sendiri jer yang tau kan. Kite tak kan boleh nak tipu diri sendiri. Sebab tu kalau mana yang ada personal facebook Hana,  boleh nampak Hana sikit pon  tak de lah nak letak status stok2 nak marah2 macam berdendam ke..atas apa yang jadi. Hana pon dah stop kan cerita kat blog pasal hal tu. Sebab tau, mutual friend antara kami ramai since sekolah lagi.. Dari saya menambah dosa dengan mempengaruhi orang lain dan menampakkan sebelah pihak sahaja yang salah, lebih baik saya diam. Macam yang Hana dah bagitau tadi. God knows everything. Ape yang dah jadi biar Hana pendam sorang. And Hana berterima kasih sangat pada Miha  atas kata2 dia. Meh nak quote sikit :


"Mulut orang kita tak boleh nak tutup tapi otak orang kita boleh manipulate dengan cara sabar.. "

Tapi kalau korang baca entry "Saya mengaku saya senyap dari dunia blog sebab putus cinta ni", Kat situ Hana dengan rendah diri mengaku dekat korang memang ada salah silap nya datang dari pihak Hana. Tak tuding silap tu kat sebelah pihak je.  Dengan perangai kuat merajuk nya..selfish, tak reti nak give and take.. kasar, tak boleh nak tolerate langsung (semua nak ikut kepala wa je..) + ada record curang(3 thn lps) etc etc.- **harapnya ada lah pihak yang dah berpuas hati bila Hana sendiri dah cerita apa keburukan Hana kat sini ek. sokay lah if i lost my readers bila dah terus terang perangai sebenar kat sini asalkan ada certain pihak yang  nak tengok saya jatuh puas hati. XD


SAYA MENGAKU SAYA NI  MASIH LAGI  BERADA DALAM KATEGORI PEREMPUAN YANG LEMAH…


Sekarang ni pun tengah cuba nak perbaiki kelemahan tu bila dengan Che Arm. Tak nak buat menda yang sama macam yang pernah di buat sebelum2 ni.

222356_10150171359494306_739739305_6615487_4776131_n

Okay..alhamdulillah, majlis pertunangan hari tu berjalan dengan lancar dalam suasana yang bolehlah dikategorikan sebagai simple gak kot.. Hantaran 3 berbalas 5 sahaja. Mak just mintak encik tunang bagi cincin merisik, cincin tunang, and tepak sirih. lagi 2 dulang tu suka hati lah nak bagi apa. Saya  tak mintak pertunangan ala2 FAIRYTALE pon in fact, kalau ikut plan asal mak mintak bagi cincin jer dan niat Hana nak buat between family jer.  Tak de kenduri,  tak de hantaran apa semua. Kita nak buat menda baik.. tak ready??tak de duit???? Duit boleh cari. Bukannya saya mintak bertunang terus kawin. At  least ada tanda tu. Orang lain dah tak boleh nak kacau. Note : haram kan kalau kacau tunang orang?? Tapi memang betol lah orang kata.. kalau nak melangkah ke arah mendirikan masjid ni rezeki makin murah. Tak caye..gi tanya encik tunang. Lalala :p


222000_10150171356524306_739739305_6615457_4226239_n


Seumur hidup Hana..ini lah kali pertama ada lelaki beli kan cincin. Okay ayat tu sedikit loser..tapi saya bangga sikit kot dengan  fact tu. haha gedik. Sebelum ni memang tak pernah ada lelaki yang beri kan cincin baik cincin silver je pon. Dan alhamdulillah satu2 nya cincin yang tersarung di jari manis Hana sekarang pemberian lelaki adalah cincin merisik dan cincin tunang..and InsyaALLAH cincin kahwin tak lama lagi :) Tak sangka jugak  pemberi cincin tu adalah si dia. Terima kasih awak.. :)


223404_10150171359294306_739739305_6615485_5191148_n

Semoga hubungan ini kekal ke jinjang pelamin seterusnya ke ahir hayat. Amin.. Hana mintak korang doakan lah yang terbaik untuk kami berdua.
p/s : cukup2 lah eh.. Hana pon dah berazam nak buka buku baru So, biarlah buku baru ni bermula dengan cerita2 yang best (majlis pertunangan) sampailah seterusnya.harap semua orang akan faham dan tak bangkitkan benda ni lagi sebab masa dan kerjasama korang adalah terapi yang paling berkesan sekalilah kot untuk hana lupa kan kenangan yang lama. susah memang susah. berat  mata yang memandang… berat lagi bahu yang memikul beban tu. hmm~ tapi tak pe, semua yang berlaku tu ada hikmahnya kan.

MUNGKIN SAYA TAK TERCIPTA DARI TULANG RUSUK ‘DIA’..

credit to my future sis in law eh future 'biras'  for d pics haha kena tegur tadi. aiyak lupe la! hehe :p 

30 comments:

Amni said... [Reply to comment]

Dear, all the best! moga bahagia bersama tunangan...=p kita seri skang... ekekeke... tp ana la kot kawen dulu... huhuhuhu....

cik Nemo said... [Reply to comment]

Alhamdulilah...Syukur. Semoga hingga ke jinjang pelamin ye..:)

♥CIK SHA♥ said... [Reply to comment]

TAKPE LA HANA..SEMUA YG TERJADI ADA HIKMAHNYA..KITA HANYA MERANCANG DAN ALLAH YG MENENTUKAN SEGALANYA..SEMOGA PERHUBUNGAN HANA YANG BARU NI MEMBUKA LEMBARAN HIDUP YANG LEBIH BAHAGIA DAN BERKEKALAN SEHINGGA HUJUNG NYAWA..IGNORE JE KATA2 ORANG..BUKAN DEPA YG ATUR PERJALANAN HIDUP KITA..CHILL K!

shiori_LA said... [Reply to comment]

memang betul kata kawan hana tuh...semua orang boleh kata apa saja...tapi yang menanggungnya hanya kita seorang...apapun congrats once again for the tunang...semoga berkekalan ke anak cucu....

p/s tapi sebelum hana tunang macam bleh teka je sape tunang hana hehehe

Mr feckry said... [Reply to comment]

banyak dugaan tengah joget2 nak singgah kat lu,may be boleh sentap jangtung lu kalau lu tak sabar..apa saja yang berlaku lu kena ingat, kahwin kerana Allah, jodoh Allah beri, Allah akan tolong.

SyAfaWaNi ♥‿♥ said... [Reply to comment]

tahniah! mulakan yang baru dengan ceria okayy hana..yang penting skarang hana dah hepi..xyah ingat yang sedih2 dulu tu..anggap xdak jodoh k..toksah gado :)

hazman aka species1980 said... [Reply to comment]

semoga dipermudahkan perjalanan hidup dengan che arm yea....

:.—¤÷('[¤*F.a.n.a*¤]')÷¤—- said... [Reply to comment]

semoga berkekalan hingga akhirnya..:)

J.M.R said... [Reply to comment]

yg lepas usah dikenang..

hold tightly for current 'asset' is much importnt...

mizzura said... [Reply to comment]

sabar je la Hana...memang orang suka amik tahu hal kita supaya adalah sikit bahan2 nak buat cerita..abaikan jer..tapi kena tahan lah sikitkan..apa2 pun nasihat kawan hana pasal manipulate tu quite interesting dgr..past life...tak kisahla siapa kita dulu..yang penting siapa kita sekarang :-D enjoy ur life!!!

|Wassup Guru-guru!|

daughterette said... [Reply to comment]

err...bakal biras is the word kot...bakal sis in law ada sorang jeee...cikgu di klang nun...heheh

Alan said... [Reply to comment]

erkk akupun xpaham apa masalah awak ni..tapi x apalah hidup orang lain lain cara jodohnya..semoga bahagia ke anak cucu ^_^

Encik Psychopath said... [Reply to comment]

kebahagiaan milik hana. peduli apa kata orang. the gorgeous 24 jam menyokong hubungan korang.


semoga berbahagia. <3

miss lolly a.k.a luvfareda said... [Reply to comment]

yanggg, pedulikk kan semua caci maki orang, yg penting Allah tahu mane yg terbaik utk hidup kite :)

Rashid said... [Reply to comment]

hmm hmm .. betul tu tindakan ana.
Perkara yang lepas lepaslah. Apa yang penting perkara yang sedang dilalui ..

Memang kita semua ada kelemahan tersendiri. terimalah ia. Perbaiki ia.

Dalam perhubungan .. yang pentingnya keikhlasan, perkongsian dan rasa tanggungjawab dalam ikatan ..

Utk ana .. Moga kekal mekar dan indah selamanya ..

cEro said... [Reply to comment]

if u read one of my entry ni, and absolutely hana dah baca sbb hana ada komen, ianya tentang manusia yg terlalu ikut akan kata org lain yg dikenali sbg sistem..

harap hana tak macam tu,
persetankan apa org fikir, setiap kita ada sistem kita sendiri...

semoga bahagia selalu...

De'din said... [Reply to comment]

weeeeeeeee~

semoga berkekalan hingga akhir hayat !
last2 datang juga blog dedin yer,,
hihi

niesh™ said... [Reply to comment]

6thn memang lama kan.. tapi mungkin yang baru ni lagi bgs bha.. hahah.. gudluck :)

enyheartsdiamond said... [Reply to comment]

dlm percintaan ada 8 peringkat.. itulah entri baru saya.. tehee..

semoga hana berbahagia di samping yg tersayang <3

Miz CanisTaL said... [Reply to comment]

kesimpulannya.. its not about the Quantity.. but its about The Quality.. glad u found Ur's Hana.. korang bedua sdgt sweet 2gether.. padan.. 2 2 comel.. hope bahagia selamanya.. amin..

Afendi Othman said... [Reply to comment]

takpe..people keep judging..tapi pengadilan dari tuhan tu sebaiknya..
mungkin ada hikmah semua ni..
papepun u have found ur prince..

jaga dia k..

i still remember gathering kat Ts. 1st time tengok che-arm..dah nampak memang dia really love u la hana..hehe..

Edura Hanum said... [Reply to comment]

hana.saya faham apa yang kamo rasakan.sebab sy pun alami apa yang kamo rasa.tapi kamo lagi beruntung dari sy.sebab kamu dah ada en tunang.cam saya...masih lagi mencari.dan memang bila hbgan tue dah lama take a long time tuk lupakan.hanya mereka yang pernah alami jek tau bagaimana rasanya.ignore jek kata-kata belakang.mereka xrasa apa yang kita rasa

Enchaoz said... [Reply to comment]

kagum dgn kuatnya semangat hana :D

arboqskii said... [Reply to comment]

tahniah...all the best....arboqskii doakan semoga bahagia kekal ke anak cucu hendaknya.....:)

Piah Becok said... [Reply to comment]

wiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii... da nak kawin. tahniah. semoga jodoh berpanjangan hingga ke akhir hayat. nanti jangan lupa jempot ke majlis kawin ye. tapi kite duk seremban laaa..

Ery Farieha said... [Reply to comment]

korang bertunang memang mengejut
tp betul lah kata hana, tu bermakna che arm serius
hahahaha he's 28 kot
mmg mencari2 kan before that, once dia da betul2 jumpa, mmg dia serius la
hihihih

kak ina kl said... [Reply to comment]

auntie pun cam kamu gak..bercinta kemain lama..tak ada jodoh akhirnya..kawin dengan uncle pun lebih kurang cam kamu..tunang 6 bulan terus kawin..

Lady D'yot said... [Reply to comment]

tahniah..suke sangat entry nie coz kisahnya hampir serupa dgn saye..;)

Yutaka Mushimura said... [Reply to comment]

happy ever after...hope it end with a wonderful and enjoyment story...

:)

HafizRahman.com said... [Reply to comment]

sllu dtgt baca tapi jarang komen...hopefully both of u dijodohkan sampai bula2...kawin jangan la lupa ajak=)