Ada orang kata Anna Boleyn korang bodoh. Jom kita sama-sama doakan kesejahteraan hidup dia :)

Monday, December 20, 2010

Woot woot..

HLN/ Anna Boleyn korang dah ada hater tuuuuuuuuuu…

Orang kata kalau dah ada hater ni maksudnya glemer you! Haha mesti menyirappp je dia kalau baca ni.
Ini dah lama dah den dapat komen ni dalam entry Gila Penat Gila tu..  Jom tengok apa dia komen :

untitled

Tertanya-tanya gak…tak mungkin lah strangers yang tak kenal den nak bagi komen macam ni. Ni mesti dari golongan ‘kawan-kawan’ jugak ni.. yang spesis depan punya lah baik belakang kutuk kaw kaw tu sebab JELES!!  kau ingat kau chanteeeeeeeekkkkkkkk sangat??? haha ;p tetiba

Nak kata budak bilik master room baca…. aish takkan lah. tak mungkin tak mungkin. Diorang mana tau den ada blog. kuikui.

So, pada yang nak mengomen.. Anna tak nak korang hentam si lalat ni balik..Tok sah nak menambah dosa. Kalau nak komen, komen leklok .. Sebaliknya, Anna nak korang doakan kesejahteraan hidup dia.  So, moh ler kita berdoa sesama. Peace….. :)

24 weeks of internship : My very 1st week



1st day –muka POYO

1st day tu... Mr D.O.M yang hantar..balik pon berjemput. 2nd day lak naik public trans. Hoih sumpah penat.  Hari ketiga Mr. D.O.M hantar jugak... Company tempat den nak praktikal ni workernya 2 orang je Malay termasuk ngan den lah. Yang lain semua Chinese. Bos besar dengan supervisor pon cina gak. So, korang paham2 sendiri lah yer cara kerja nya macam mana.

Hmm~ masa 1st day tu, bos bagi task pasal 5's'. Tau tak hape 5's'???  Haa.. ni den nak bagitau ni.. .

5S-  'S' - Seiri ( Sorting), Seiton (Set in Order ), Seiso (Systematic Cleaning), Seiketsu (Standadizing), Shitsuke (Self-Discipline)...Kira macam nak jaga kebersihan dan kekemasan tempat kerja lah…  Lebih2 ko gi google sendiri. Dalam bahasa melayunya, Sisih Susun Sapu Seragam and  Sentiasa Practice. Masa manager den tanya tau tak 5's' ni terus den buat muka blur. Nampak sangat tak tau. hahah. Lepastu dia suruh cari  kat Internet. Errr..rasanya ada je kot belajar dulu den je yang tak pernah nak fokus. Not my fav topic lerrr..


my desk... kerusi nya  tarak. haku dok atas lantai jer. kuikui. tak de arh...masa snap pic ni tenga duduk lerr kat kerusi tu. Diberi lappy sebijik sebab PC yang ada tu tak boley connect dengan internet. Tak tau nape. See!! My boss  ni super understanding woo…keperluan pekerja dia yang sorang ni untuk berfacebook dan berblog. Kehkehkeh :p
3rd day- hari paling weng weng sebab dapat task mengarut. Luar bidang. So, den dok sesaja bukak blog buat entry ney. Dia bagi masa 2 hari untuk siapkan . minus hari ni tak wat kerja langsung tinggal hari esok je lah. Hoh~


**************************************************************************************************************************

4th & 5th – sambung pending task untuk hari ke 3 tu. Paling best hari Jumaat minggu lepas hari ke lima tuh, 4 orang jer ada kat office. Semua budak admin. Programmer semua outstation and ada yang annual leave. Big boss and manager(supervisor) lak meeting kat Bentong. Huaaaaaaaaa……. best gila!! Mood den pon kelaut jugak nak buat kerja. Online jer lah bukak blog kan. Type post bebanyak tapi ntah bile nak publish. kuikui.

p/s : hari ni dah masuk 2nd week pon..den baru nak publish kan. Been told that I’m entitled to claim Overtime Allowance if still working after 5.45pm and above!!Hoyeaaahhh!!