You are now in www.hanalovenest.com area! ;p

Wednesday, October 27, 2010

A sticky post entry. Scroll down for new entries. Thanks. :)

Welcome to my new 'LOVE NEST' baby! :)

Yeay!

Clap Clap Clap!

Eh tak boleh suka sangat lagi... 3 hari lepas den beli domain ni.  Begitu banyak ranjau nya. Tersilap beli domain 2 kali lah.Gilo apo haku nak kena bayo RM160 hengget untuk domain sahaja! Den amek yang bayar untuk 2 tahun terus. Nasib baik billing department diorang baik hati kasi cancel itu invoice. So, bayar RM 80 je lah.

Lagi satu..tak boleh happy lagi sebab apa...

Sebabnya, urusan pertukaran domain ni den buat sendiri. So, tak tau lah betul ke idakk. Kita tengok 1- 2 hari ni macam mana okay ke tak. Kalau tak okay baru kita report dekat diorang punya technical support :) So, den yang memang tidak tau menau langsung hal domain domain ni tapi refuse tak nak mintak tolong orang lain sebab nak rasa experience buat menda ni sendiri so boleh belajar..(hoh~punya panjang explaination den) nak mintak jasa baik korang..yang mana dah link kan HLN kat bloglist korang tu..tolong tengok sat 2 menda ni:
  1. Bila korang klik link tu, terus direct tak pergi blog ni?
  2. Ada keluar tak entry-entry baru den dekat bloglist korang tu...ke, still ada kat bawah-bawah? paham tak soalan ni? Maksud den..up-to-date tak HLN punya entry kat bloglist korang tu?
Hehe tolong tengok eyy sayang-sayang ku sekalian. Jangan lupa hantar report kat sini. Hari ni  banyak sangat entry HOT nak update kat korang. Kehkehkeh ;p. Okay nak pergi serang blog korang sekarang! Daa~

p/s ; oh yerr..anda dah boleh ucap  'tahniah' sekarang. hehe ;p

Ten Ten - 1010



Masa buka page sendiri tadi tiba-tiba ada something yang menarik pada mata ni. kuikuikui.
Nombor cantik........apa dia?

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
Ten Ten 


Pemegang nombor bertuah 1010 adalah JA'IZAH. Jom ushar blog dia jom. :) Thanx yer sebab sudi follow HLN. Thanx jugak kepada semua follower start dari follower ke 1000..1001..1002...1003.1004......hinggalah 1009. hehe :)

Bukan isteri orang.. tunang orang pon bukan. XD

Ehh ini nak promote diri ke apa? heh~

Tak de lah, terkejut tengok kat shoutbox ada dapat message dari 'mila'. Tak sure pulak mila mana, ada beberapa orang jugak readers HLN yang den kenal nama mila. Tapi biasa diorang akan bagi link. Ini tarak link. Lupa letak kot. :) Korang tengok lah kat bawah :




Hehe ayat  "so sweet you and your hubby" tu yang buat kan den senyum senyum tu. Biasanya orang guna gelaran hubby ni untuk - husband kan? Tapi tak tau lah kalau dia maksud kan BF ke apa. Hehe ;p So, entry ini untuk explain kat dia lah and siapa-siapa yang ingat den dah kawin tu. Eh ada ke? Haa~ baik ngaku cepat!

"Sayang ku mila, Anna Boleyn tak kahwin lagi..bertunang pon belum. Bukan milik sesiapa lagi melainkan yang kat ATAS sana tu. Kiranya kalau ada lelaki kat luar sana yang meminang den, boleh kata YES YES gitu " 

Haha.Mampuih den kena amuk dengan Mr D.O.M lepas ni"