Ohhoi. Dah 2 hari abang kesayangan haku tu demam. 2 hari dah tak kerja, dapat MC. Semalam dia pergi kerja kejap. Lepastu dalam kol 12 cenggitu dia balik. Terkejut gak den. Lepastu dia pergi tidor. Sian lak den tengok. Berselubung je ngan selimut. Dia tidur dalam kol 12 tu, sampai bawak ke malam.
Pasal denggi neh, dia yang bagitau doktor suspek denggi. Siap amek darah lagi hari tu. My CIL da risau dah. Abang haku ni macam2 lah. Dulu, dia pernah kena TIBI. Itu lagi seksa den nengok nya. Kurus kering jer. Tiap hari kena cucuk. Lepas sihat..terus badan dia naik. Hehe Hope kali ni tak de pape lah.
Ekceli my CIL dulu start demam, lepastu jangkit kat AN pulak. And sekarang ni Hadif pon demam jugak. My lil bam bam je yang tak demam. Cerita pasal lil bam bam ni, sekarang den nengok makin menjadi-jadi mengada-ngadanya. Nak perhatian. Jeles lah tu dengan adik nya. Hadooyy. Penat den nak layan kerenah. Sikit-sikit kang nak merajuk. Ni ikut perangai sape ni??? Tehee~ ;p
Maybe ada dah pernah tengok kot video ni. hehe Sumpah lawak gila babeng. Siapa punya kerja lah ni. Dah lah suara nak sama jer dengan original nya lagu. Memang sengal lah siapa yang buat ni.
Adeyy~.Jom tengok :
p/s : amacam? ada rasa geli geli bulu ketiak tak dengar lagu ni? hehe ;p
Hari Khamis hari tu boleh pulak Anna Boleyn korang ni lupa yang dia ada kelas ganti malam. Semalam kawan bagitau. Cesss. boley pulak dia lupa nak ingatkan den ada kelas ganti. So, ni nak pergi klinik jap. Semalam risik-risik dengan biras ku dia kata ada 1 port senang nak beli MC. Nak tau ke katne?????
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
haa! Banyak lah korang punya MC. Jangan amalkan. Jujur lah dengan diri sendiri. Membeli MC adalah 1 jenayah! Haha *tetiba
INSPIRA tampil dengan reka bentuk elegan ditawar harga permulaan RM79,888 dilancar tidak rasmi di Subang Jaya, semalam.
Model terbaru PROTON ganti Waja dibuka untuk tempahan
PROTON Holdings Bhd (PROTON) semalam memperkenalkan model sedan terbaru, 'Inspira' yang ditawarkan dengan harga permulaan RM79,888 seunit.
Model yang akan dilancarkan secara rasmi pada awal bulan depan itu sudah dibuka untuk tempahan mulai semalam di semua pusat jualan Proton Edar di seluruh negara dengan bayaran minimum RM1,000 seunit.PROTON berkata, pelanggan yang membuat tempahan awal bermula semalam hingga 15 November ini akan mendapat perkhidmatan servis percuma selama dua tahun atau sehingga 50,000 kilometer perjalanan.
Model Inspira yang ditawarkan dengan dua kapasiti enjin iaitu 1.8 liter dan 2.0 liter itu didatangkan dalam empat warna iaitu merah, hitam, perak dan putih.
Pengarah Urusan Kumpulannya, Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir, berkata harga jualan bagi model Inspira kelas bawah dianggarkan pada RM79,888 seunit dan tidak melebihi RM95,000 seunit bagi model peringkat tinggi.
“Pelancaran Inspira antara usaha meningkatkan keupayaan teknologi syarikat untuk muncul sebagai pengeluar kereta global,” katanya pada majlis pengumuman nama Inspira bagi model terbaru PROTON itu dan pelancaran tidak rasminya di Subang Jaya, semalam.Syed Zainal berkata, Inspira juga menjadi model pertama Proton yang dilengkapi dengan teknologi MIVEC (Mitsubishi Innovative Valve timing Electronic Control system) yang dapat meningkatkan prestasi enjin pada setiap kelajuan.
PROTON katanya, menyasar menjual 1,600 unit sebulan bagi model sedan terbarunya itu.
Syed Zainal berkata, susulan daripada pelancaran Inspira, PROTON akan menghentikan pengeluaran model Waja.
Beliau berkata, pelancaran Inspira yang dibangunkan dengan kerjasama Mitsubishi Motor Corporation (MMC) itu juga sejajar dengan falsafah PROTON untuk terus memperkenalkan kereta berkualiti pada harga berpatutan.
Mengenai pemilihan nama Inspira, Syed Zainal berkata, ia berasal daripada perkataan ‘Inspirasi’ yang menepati inspirasi PROTON.
Inspira diilhamkan kakitangan bahagian kejuruteraan elektrik PROTON, Saiful Yazan Nasir.
sumber : Berita Harian
Proton inspira (sumber GOOGLE)
Teringin jugak rasanya nak beli kereta ni.. tapi...............................