Salam Aidilfitri dari Anne Boleyn

Friday, September 10, 2010

Salam readers,

Dah mandi ke belum? Kalau dah mandi, tadi mandi sunat hari raya tak?? Yang pergi sembahyang raya tu bagus lah. :)

Yang tinggal kat rumah ni watpe? Jangan mengadap belog jer. (ecececeyy..hakhak). Juadah raya macam lemang, ketupat, kuah kacang, rendang, kuih raya semua tu dah siap hidang ke belum atas meja tu? Aaa lagi satu. Lupe plak. Penting ni. Dah cium tangan mak ayah ke belum? Jangan buat-buat lupe lak.

Hari ni ape plan korang? Pergi beraya umah sanak saudara ke or tunggu orang beraya kat umah je. Anne Boleyn kejap lagi lepas makan2..pergi balik rumah atok ngan nenek.. Tak sabar pulak rasanya :)

Okay lah di kesempatan ini, Anne Boleyn nak ucapkan Selamat Hari Raya pada :
  • Semua kenalan sekolah rendah di Sekolah Kebangsaan Palong 5, Negeri Sembilan 1995-2000
  • Semua sahabat sekolah menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Tengku, Pahang 2001-2005
  • Semua sahabat di di Kolej Matrikulasi Perlis 2006-2007
  • Semua kenalan di Universiti Malaya 2007 hingga sekarang
Tak lupa jugak kepada rakan-rakan blogger sekalian. Maafkan diri ini sekiranya sepanjang kita bersama di ruangan maya ini, ada penulisan Anne Boleyn yang menyinggung perasaan kalian semua. Pada kawan-kawan dari sekolah sampailah ke UM tu (kot adelah yang baca blog den ni kan) kepada smua yg mengenali hana, hana ingin mengucapkan selamat hari raya maaf zahir dan batin. minta maaf banyak kalau ada buat salah n silap, perbuatan yg x menyenangkan hati, kata2 yg menyinggung perasaan, ada termengumpat ke ape ke.. secara sengaja dan tak sengaja.. dan sebagainye. ♥♥

DSC05072
DSC05082
apesal samping ko tu terkangkang MR B oiiii…

Dalam  entry INI tak de sorang pon sama ngan den kaler baju raya. Yang sebetulnya tema den raya kali ni kaler serba putih.. :) Memang dah plan dengan si Mr D.O.M :) Tahun lepas pon kitorang sedondon kaler maroon. Hoho. Raya ke 3 ni baru dapat raya dengan dia. wuwuwuw..

Okay lah, sedikit pesanan di hari raya yang mulia ni :
  • Bawak kereta leklok kalau nak pergi beraya tu. Pandu cermat jiwa selamat. Ingatlah orang tersayang,,
  • Kalau makan tu beringat.. mana yang ada darah tinggi, ada athma, lemang ngan kot ada (rendang kambing) tak ley makan banyak sangat. For surelah raya ni mesti orang hidang air manis je kan.. Haa yang de kencing manis tu… control sikit yer. :)
Okiesss, den akhiri entry ini dengan ucapan :

 Selamat Hari Raya Aidilfitri...


Salam Sayang,

Anne Boleyn