Pakai tudung okay????

Sunday, June 20, 2010

Salam readers,

Sihat? Agak2 camne lah ek perkembangan 'contest' mengomen yang saya buat ni.. Ramai ke idakk yang join. Pada yang join..thanx sangat2 kay!:)

******************************************************************************************

Saya tak sedar lah pulak ada 1 message ni ada kat inbox FB. Tengok situ bertarikh 28 May. Kira baru gak arh kan. Yang pasti memang saya tak tau kewujudan message ni. Tau2 je dah ada orang baca message tu dulu sebelum saya. Patutlah tak dapat notification. Haa, tu lah bagi lagi password kat orang lain! Kalau tak memang saya tak kan perasan and maybe akan ada salah faham sikit. Ye lah..saya tak tau pon dia hantar message ni..takut dia ingat saya marah pulak kat dia sebab hantar message macam tu.

Penghantar message tu saya kenal dia since Matrix lagi. Hmm~ tersentuh hati saya bila baca message ni. Bukan ape, saya memang suka orang macam ni..menegur dengan cara baik bukan dengan cara yang lagi satu yang penuh dengan kata2 kasar yang menghiris kalbu matmat. Aku paling benci orang camtu tau! Blah lah kau! Haa~ eh jap teremo jap. Okayy~ switch pada mood cool balik. :p

Ni message yang dihantar. Den dah set extra large..korang dah tak yah klik2 dah untuk besarkan. Cuba korang hayati..fahami..maksud disebalik message tu. Hakhak. Cissdale!





Hmm~saya pon tak tau lah nak cakap pe ek.. Saye reply message tu baik2 and cakap saya tak terasa hati pon dengan message die tu. Memang sejujurnya saya sikit pon tak marah kat dia. Since dia tegur cara elok kan. Saya rasa macam sejuk jer hati baca message dia ni. Betollah ek, orang kata kalau dia tegur baik, memang kita tergerak hati untuk menerima teguran tu and perasaan ingin BERUBAH semakin membuak2. .

Kesedaran tu ada bukannya tak de cuma perlukan 1 permulaan and 1 tekad jerr...

Si dia pon ade menegur. Dia kata :

"Sampai bila nak enjoy...Cuba jadi macam dulu masa sekolah..ayu je, lemah lembut..sopan santun. Suka tengok"

Sekali lagi saya terdiam masa dia cakap camtu. haih~ Entah lah. 

Saya tak berani nak berjanji tentang perubahan ini. Yang pasti saya akan cuba berubah secara perlahan-lahan. Mudah-mudahan ianya akan kekal.  Hmm~

Buat si penghantar message.. Terima kasih kerana mengambil berat tentang diri ini. Rasa terharu sangat. Awak menegur dengan niat yang baik..  Thanx again. :)