Siapa punya kerja ni????????

Tuesday, April 6, 2010

Sila klik untuk tahu lebih lanjut!!







Waaaaaaaaaaaaaa.........!!! http://www.cute-smiley.com Panas jer hati bila tengok. Adeyh~


Macam mana dekat edit post boleh ada 12 then bila bukak tinggal 2?? Setau den..den tak de delete mana2 komen. Ngeng! Siapa yang buat ni baik ngaku cepat!!http://www.cute-smiley.com huakakkaka...tak kelakar pun. Otak ku pening pikir macam mana perkara ni boley berlaku.. wuuuuu...  http://www.cute-smiley.com

Bendi..oh Bendi...




Ada sesiapa nama Bendi??? Ada ke orang nama Bendi??? Tak tahu nak sebut perkataan ni macam mana. Mula2, saye sebut perkataan 'bendi' macam sebut 'ben' as 'BENCI'. So...'BENDI'  Tapi macam pelik aje bunyinya.  Okay, main point entry ni adalah pasal  'kacang bendi'. Biasa saye panggil 'bender' . Iaitu suku kata 'ben' korang boleh sebut macam bila korang promote kat orang lain blog BEN Ashaari. Then suku kata 'der' pula korang boleh sebut macam korang sebut 'dairy' Ngaaa~ Faham tak ni?? Arhh..nampak gaya empunya blog kena masuk tadika balik lah senang..dah lupa bagaimana untuk membaca dengan  betul. 
 

Dari sumber yang Hana dapat orang utara panggey kacang 'lendiaq'. Pastikan ada qalqalah kubra di akhir sebutan. In english, we call 'bendi' or 'bender' ni as lady fingers atau jari wanita. Jari wanita cantik apatah lagi jari Farhana.  Patutlah cantik ajer bentuk nya kan. Kenapalah dia tak letak nama 'farhana fingers'. Lagi cantik kot. Okay~terperasan sudah.  Nama saintifik nya ialah abelmoschus esculentus. Mangaaihhh gila terseliuh lidah nak sebut.


Menu lunch Hana hari ni ialah 'Bendi Masak Air'. 1st time buat, so rasa macam nak canang 1 dunia 'yeay, aku pandai masak bendi!' (walaupun sebutan tak berapa betul).  Tersangatlah senang macam main 'campak2' ajer. Meh nak bagi resipi sikit - resipi mintak kat mak malam semalam. Cepat sediakan pensil dan kertas untuk salin cepat! (Ewahh kau macam orang lain tak tahu je nak masak menu ni)


MASUKKAN sahaja ke dalam periuk :


  1. Bawang merah dan putih yang telah di potong halus2.
  2. Ikan bilis 5-6 ekor. 
MASUKKAN  segelen air dalam periuk


Nyalakan api gas, then campak periuk tu atas api..biar  sampai mendidih.


MASUKKAN kacang bendi tu bila air dah mendidih.. 


MASUKKAN  garam dan ajinomoto secukup rasa.


Hari ni lunch lauk ini sahaja beserta dengan ikan goreng.  Malas nak masak beriya2. Biasalah bujang lagi bak kata MR. BEN. Lagipun sekarang ni saye dah jadi sedikit 'health conscious'. Hari2 asyik makan sayur je. Specially sayur kangkung. Sebab banyak2 sayur..memang sayur ni paling digemari. Anda pula suka sayur apa??


Ni nak bagi tips sikit kalau nak beli kacang bendi. Tips ni pun baru je tahu since 1st time beli bendi semalam. Terpaksa buat muka tak malu call mak depan semua orang tanya macam mana nak pilih bendi. Adeyh~ mak saye kate :


**Patahkan kat hujung bendi tu, kalau lembut maksudnya itulah bendi yang harus di pilih. Kalau keras or liat, itu bendi tua. JANGAN AMBIL bendi TUA sebab kalau tak nanti anda cepat tua!


Alat bantuan pengajaran supaya anda mudah faham :


 Ini dia Farhana Fingers eyh..Lady Fingers. Hujung Bendi tulah yang anda kena 'test' dulu before beli okay???




Khasiat bendi yang paling menarik tertarik kau memang KEBABOM ialah amat baik untuk fungsi otak. Ia dapat menambahkan daya ingatan serta daya kecergasan otak. Memang I LOOOOIIIKEEEE lah! Sebab saye ni memang seorang yang SANGAT pelupa..SANGAT SANGAT SANGAT SANGAT! Huhu  orang2 disekeliling contoh nya keluarga, kawan2,boyfriend tahu lah betapa  pelupa saya tahap yang KAW-KAW habis. Muda2 lagi dah nyanyuk. Kadang2 ada gak terfikir, saye ni ada alzheimer peringkat permulaan ke? Huhu. Tak mintak..tapi bila dah banyak sangat kelupaan, kealpaan, kecuaian, dan kelalaian yang berlaku sehingga menyusahkan diri sendiri dan orang lain..rasa macam.....hmmmmm~~~~~ Okay, lepas ni kena makan bendi banyak2. 

Antara khasiat lain :

  1.  Mencuci hati 
  2.  Menstabil kandungan gula dalam darah
  3.  Membantu melincinkan bahagian dalam usus besar 
  4.  Membantu mengelakkan sembelit atau mengurangkan masalah sembelit terutama di kalangan warga  tua. 
  5.  Membantu pertumbuhan bakteria baik dalam saluran usus 
  6.  Ada juga pendapat yang mengatakan kecang bendi adalah sejenis sayuran yang amat baik untuk  mereka yang murung, keletihan atau rasa tidak selesa/sihat. 
  7.  Membantu merawat ulcer dan mengurangkan kekejangan pada sendi 
  8.  Sifatnya yang beralkali membantu menutralkan asid dalam badan sekali gus dapat membantu  mengurangkan masalah penghadaman 
  9.  Membantu radang paru-paru, sakit kerongkong serta kesakitan pada dubur. 
Dari segi rawatan tradisional pula, Bendi ni dikatakan boleh mengatasi masalah kesukaran bersalin. Uissshh~ngeri pulak tetiba. Okay dah. Tu je nak cerita. 


Resipi tadi.. emmmmmmm~

SELAMAT MENCUBA!! Haha :p




p/s : credit to Ms Cosmotopic